Saturday, March 13, 2010

Lada - Bauh 3/4 Matang



Pokok telah mula berbuah, buat masa nih buah masih belum matang sepenuhnya dan kadar berbuah setiap pokok tidak sekata kerana ia ada 1st round dari bunga pertama. Dijangka hujung bulan March sudah boleh dituai dalam keadaan bercampur-campur iaitu merah dan hijau. Memetik pun nanti letih jugak oooo....cuma bila memetik tuh makna hasil ada. Insya-Allah




Pandangan dari atas untuk keseluruhan kawasan pokok. Masih banyak kekeurangannya.

Friday, March 5, 2010

Lada - Telah berbuah



Ini adalah lada F1568 yang telah ditanam lebih awal dari Kota Tinggi. Ia telah berbuah dan lada ini membesar dengan cepat dimana buah yang berat dan besar. Ia sebagai percubaan dan ditanam serta dijaga oleh family aku dikampung.

Lada - Buah Pertama




Lada telah berbuah tetapi masih tidak sekata lagi kerana ia adalah dari bunga yang pertama. Walaubagaimanapun ia menunjukkan perkembangan yang positif dan baik malah salah satu berita yang gembira bagi pengusaha lada. Penjagaan yang berterusan juga perlu dibuat disamping pemantauan yang mengikut jadual yang ditetapkan.

Pemasangan Plastik Kuning



Pelekat kuning yang telah dipasang bagi menangkap serangga. Ia disapu dengan Neopace tapi setakat nih bahan tuh dibuat sendiri sebagai ujian untuk melihat keberkesanannya.

Saturday, February 13, 2010

Batas Percubaan (Diadaptasi dari sistem fertifgrasi)




Secara keseluruhannya kenaikan dan pertumbuhan pokok normal dan ia adalah baik. Aku masih belum dapat membuat kesimpulan penuh kerana masih memerlukan lebih kurang 3~4 minggu lagi untuk analisis perkembangan pokok sebelum boleh dikatakan ia adalah baik atau lebih baik dari guna pita titis. Tapi 50% aku berani kata ia baik tapi kos yang tinggi menyebabkan ia tak sesuai untuk golongan seperti aku nih. Untuk orang lain aku tak tahu ler....

Lada - 4 minggu



Pokok lada yang telah siap dipancang menggunakan buloh yang dibelah. Ia adalah bertujuan sebagai sokongan pada pokok bila ia sudah besar dan berbuah disamping menghalang pokok dari tumbang bila ditiup angin. Angin kuat woooo....kat kebun kalau nak main layang-layang naik tinggi....cam dok kat tepi pantai.



Kadar putik bunga yang masih tidak sekata kerana ia peringkat permulaan dan putik bunga akan keluar dan bertambah dari hari kehari. yang penting ia perlu dijaga agar tiada serangan dari serangga atau kulat.


Pokok telah bercabang dan daun yang cantik serta hijau. Pertumbuhan,warna serta bentuk fizikal daun yang menepati ramalan atau perkembangan yang dianggarkan. Ia dikira berkesan buat peringkat pertama untuk ke peringkat kedua. Baja daun yang mencukupi dan digunakan seperti yang disyorkan oleh pengeluar.


Pokok telah mula mengeluar putik dan ia adalah petanda yang baik kepada pengusaha kerana putik bermaksud mula berbunga dan buah akan menyusul selepas itu. Bila putik bunga sudah mula keluar bermakna pokok sudah mula bercabang dan pembesaran perlu dijaga disamping tambahan nutrien yang perlu dilakukan mengikut dan bergantung pada keperluan dan keadaan pokok. Pembesaran peringkat kedua ini memerlukan penjagaan yang penting walaupun ia tidak seperti semasa pemindahan anak pokok dahulu tetapi jika ia tidak dibuat dengan betul dan teratur menyebabkan pengeluaran produktiviti kelak.


Tunas air nih nak kena buang. Aku dah suruh pekerja membuangnya selepas kerja memancang siap. Tak boleh dibiarkan kerana ia mengganggu perkembangan dan pertumbuhan pokok serta daun yang lebih memerlukan nutrien. Jadi ia adalah kerja yang agak memenatkan kerana makin banyak pokok lada yang kita tanam maka makin banyaklah kita kena mencangkung. Sangup? Aku sangup tapi tak lama ler....tercabut beb lutut dia punya effect sampai pinggang dan bawak ke malam....fuhhhhh.....lepas buang tunas air mesti sembur dengan racun kulat untuk mengelakk dari jangkitan. Masa tuh lah terasa beb....huhuhuh..

Monday, February 8, 2010

Kacang Buncis




Sampingan disamping menimba pengehtahuan dan pengalaman. Bolehlah buat makan,lauk kat rumah disamping boleh juga jual dan buat benih.

Sistem Fertigrasi ke Batas.


Penggunaan Drip. Masih peringkat percubaan. Aku terjemahkan sistem fertigrasi dalam tanaman konversional jika mengikut perkmebangannya ia agak baik dari sistem titis cuma kos yang agak tinggi tapi perkembangan yang baik.


2 way digunakan bagi menjimakan tenaga dan masa kerana ia perlu ditebuk. Tubing saiz 3mm digunakan kerana ia susah sumbat.


Cuma 3 batas jer yang digunakan. Tengok perkembangan dan keberhasilan tapi dari apa yang kita tahu ia adalah lagi praktikal dan teratur. Jarak pokok yang lebih kerana untuk mengelakkan daun antara pokok bertemu.

Lada - 3 minggu


Sudah naik...baguslah. Setelah ditabur baja dan bekalan air yang cukup nampaknya pokok dan mula membesar. tunas air pun dah mula bertambah,nak kena buang tuh sebab tak larat membaja. Tapi setelah usia mencecah 35hari hingga 40 hari baru boleh. Ini adalah kerana setiap selepas membuang tunas air racun kulat mesti disembur untuk menutup bekas @ rongga yang terbuka tadi dari direapi atau diserang kulat.



Nihlah gambar keseluruhannya. Tak sabar nak tengok ia membesar tapi yang pasti ia secara perlahan-lahan.

Thursday, February 4, 2010

Penyakit Lada - Kulat



Struktur putih pada pangkal pokok itu adalah maiselium kulat. Kulat ini boleh menyebabkan keseluruhan pokok menjadi layu. Untuk mengawal penyakit ini, boleh guna racun kulat seperti previcur. Siram racun ini dipangkal pokok berhampiran yang telah kena.Simptom adalah daun pokok akan layu pada peringkat awal dan akhirnya keseluruhan pokok juga akan mati secara perlahan-lahan. Apabila dicabut dapat dilihat pada akar seperti sawang labah-labah berwarna putih tapi bukanlah sawang. Nanti ada plak yang pikir labah-labah buat sawang kat dalam akar..hehehehhe

Saturday, January 30, 2010

Pokok Lada - 2 minggu




Lada telah mula naik,selepas baja ditabur. Baru berusia 2 minggu dengan bantuan air yang cukup dan cahaya matahari yang boleh dikatakan Alhamdullilah. Bersyukur pada Allah.

Monday, January 25, 2010

MASALAH LADA - 1



DAUN LECUH @ TERBAKAR
Masalah ini mungkin disebabkan oleh melecuh akibat kena air pada waktu panas terik. Air ini mungkin datang daripada hujan, semburan racun serangga/ racun kulat/ baja foliar. Setelah aku kaji dan lihat betul-betul maslah ini adalah
1) Dari kesilapan atau error semasa proses membuat lubang pada silvershine itu sendiri. Lubang itu sendiri agak kecil walaupun nampak sudah cukup besar jika dibandingkan dengan polybag yang biasa digunakan. Kalau boleh lubang kena besar sedikit lagi.
2) Pipe titis itu sendiri yang tidak berada dalam keadaan yang betul iaitu meungkin terkena pada hujung daun.
3) Titisan air yang belum kering dan masih lagi terdapat pada daun dan ketika itu matahari seang naik @ cuaca semakin panas (tengahari) daun yang masih basah tadi melekat pada pipe titis semasa proses pengeringan.


MASALAH BUNGA KERING/GUGUR
Bunga gugur boleh disebabkan oleh berbagai faktor antaranya
1) Kurang unsur Nitrogen, boron, kalsium;(unsur yang mana satu?)
2) Suhu pada malam hari tinggi;
3) Serangan kulat dan serangan hama.
Nasihat dari Dr Roff buat masa ini cuba spray dengan racun hama dan racun kulat dahulu dan lihat kesan selepas itu.