Pelekat kuning yang telah dipasang bagi menangkap serangga. Ia disapu dengan Neopace tapi setakat nih bahan tuh dibuat sendiri sebagai ujian untuk melihat keberkesanannya.
Alhamdullilah, semua seperti yang dirancang cuma kelewatan pemindahan akibat masalah teknikal dan komunikasi tapi ia perkara biasa.
Terima kasih juga diucapkan kepada Dr. Mohamad Roff b Mohd Nor dari MARDI kerana membantu dalam menyelesaikan beberapa masalah penyakitdan serangan terhadap lada serta memberi gambaran yang lebih jelas kaedah yang dan langkah yang perlu diambil. Bimbingan dan nasihat dari MARDI amat diperlukan. Kepada Dr Roff terima kasih kerana membantu.
Apa pun setiap bulan blog ini akan dikemaskini bagi memberi gambaran tentang perkembangan pokok lada dan pihak Dr Roff dan MARDI untuk membantu dengan lebih mudah jika terdapat masalah.
Baru lepas main bowling nih..tapi teruk jugak aku nyer score kira tak menang ler.
Tak Nampak Pun...
Meredah batas pokok kacang buncis...huh! jenuh juga mencari dia nih tapi tak kemana dia pergi cuma pusing-pusing batas jer sambil memetik buah dan daun. Nak marah tak boleh....Grrrrr....
Sukanya Dia
Berjalan ditengah-tengah batas,walaupun asyik jatuh tersandung kayu tapi dia gembira bila di ajak turun ke kebun cuma habis memetik buah ikut cam maknya.Ish...ish...
0 comments:
Post a Comment