Tuesday, December 15, 2009

LADA - SG TELOR



Batas yang telah siap ditutup sepenuhnya menggunakan silvershine. Hanya kerja-kerja membuat lubang, memasang pita titis, paip utama dan pam akan dibuat.


Benih lada cili variety 568 F1, sebanyak 3200pokok telah disemai untuk projek permulaan. Tambahan lagi pokok akan dibuat berperingkat mengikut perkembangan batas.

Thursday, December 3, 2009

TIMUN - SUDAH KELUARKAN HASIL



BUAH TIMUN YANG TELAH MULA MENGELUARKAN HASIL. TIMUN YANG TELAH MATANG DAN BOLEH DIPETIK.



POKOK TIMUN YANG SUDAH MULA MENJALAR MEMANJAT JUNJUNG.


KEADAAN POKOK TIMUN YANG BERUSIA 1 BULAN.

Saturday, November 21, 2009

TIMUN


ALHAMDULLILAH.....BARU CERITA TADI BUAH SULONG DAH MULA KELUAR DAN INILAH YANG DINANTI-NANTIKAN.

BUNGA SUDAH MULA KELUAR DAN HASIL AKAN MENJELMA TIDAK LAMA LAGI. INSYALLAH

POKOK YANG TELAH BERUSIA 2 MINGGU, SUDAH BERSEDIA UNTUK MEMBESAR. TMABHAN BAJA ORGANIC DIPERLUKAN BAGI SUMBER MAKANAN. IA TERUS DISEMBUR DENGAN CAMPURAN BB2 DIMANA PROSES PENGURAIAN AKAN LEBIH CEPAT.

Monday, November 9, 2009

Kayu Junjung dan Membuat Junjung


Proses mencari pancang dan membuat junjung untuk tanaman timun, Junjung juga memainkan peranan penting dalam menentukan hasil. jadi membuat junjung perlulah berhati-hati.

Penambahan Baja di Batas


Antara pokok yang telah dipindahkan dan penambahan baja organic diatas batas dilakukan bagi memastikan pokok mendapat baja yang optimum setelah pembajaan pertama dibuat. Ia penting untuk pembesaran dan penghasilan buah yang baik.

Penanaman TIMUN


Penyiraman menggunakan EM dibuat ini adalah kerana baja organic telah diletakkan diatas batas sebelum kerja menghancurkan tanah (rotor) dibuat bagi memberi pokok makanan yang cukup bila ia dipindahkan. Semburan EM menggalakkan lagi bakteria-bakteria untuk melakukan kerja penguraian. Untuk lebih lanjut tentang EM kena pergi kursus sebab blog nih tak ada sediakan nota.

Pemindahan anak pokok telah siap dibuat. Waktu pemindahan yang sama seperti mana-mana pokok. Junjung juga sudah siap.

Penyemaian benih timun. Timun adalah satu jenis tanaman sayuran yang memerlukan air yang banyak. Oleh kerana taburan hujan yang tinggi maka tanaman timun dilihat paling sesuai sekarang dan jangkamasa menuai yang singkat iaitu 30-35 hari. Untuk Penyemaian fasa 1 ini sebanyak 2000pokok telah siap disemai dan telah sedia untuk dipindahkan ke batas.

Fasa 4 - Kerja Menghancurkan Tanah



Ia merupakan kerja yang sangat penting kerana struktur tanag yang hancur (peroi) akan memudahkan pergerakkan akar. Ia juga memudahkan kerja semasa pemindahan anak pokok. Selepas kerja menghancurkan tanah atau "Rotor" batas hendaklah terus dibuat bergantung pada jenis sayuran yang hendak kita tanam.

Hotel Kebun


Beginilah keadaan rumah yang telah siap sepenuh dan sudah boleh diduduki malah ia dah setaraf dengan Thistle beb....

Fasa 3 - Kerja Plaugh atau Mengemburkan Tanah


Selepas kerja mengemburkan tanah, batas terus dibuat. Ia bergantung pada keperluan kerana kerja "Rotor" untuk fasa 4 perlu dibuat dan ia adalah kerja terakhir dalam persediaan ladang.




Ia merupakan kerja yang mesti dilakukan dalam persediaan sebelum tanaman sebarang jenis sayuran. Kerja mengemburkan tanah ini dapat dilakukan kerana mengikut keadaan cuaca dan tanah.

Kawasan Yang Masih Basah



Memandangkan Daerah Kota Tinggi menerima taburan hujan yang agak tinggi sekarang menyebabkan keadaan tanah menjadi basah dan berair. Tanaman cili mungkin terpaksa ditangguhkan kerana keadaan cuaca sekarang yang tidak sesuai walaupun harga pasaran yang tinggi.

Thursday, October 8, 2009

Projek Tanaman Lada Sg Telor



RUMAH SEMAIAN YANG TELAH SIAP DAN TRAY YANG TELAH DIISI DENGAN PEATMOSS HANYA MENUNGGU UNTUK MASA MENYEMAI BENIH CILI. BUMBUNG MENGGUNAKAN SEPENUH PLASTIC UV BAGI MEMEASTIKAN CAHAYA YANG MASUK DITAPIS SERTA DILINDUNGI DARI HUJAN LEBAT SECARA TERUS KEATAS TRAY SEMAIAN YANG BOLEH MEROSAKKAN ANAK POKOK KELAK




RUMAH PENINGGALAN YANG TERBIAR DIDALAM KAWASAN AKAN DIBUAT SEMULA UNTUK DIJADIKAN TEMPAT TINGGAL PEKERJA DAN RUMAH SEMAIAN. IA JUGA MEMBANTU DARI SEGI PENGURANGAN KOS PEMBINAAN RUMAH DIMANA HANYA PERLU BUMBUNG SAHAJA DIBUAT.




KAWASAN BARU YANG MASIH PENUH DENGAN POKOK-POKOK DAN SEMAK. KERJA MENOLAK TANAH DILAKUKAN BAGI MENGENAL PASTI KEADAAN TANAH SERTA TINGGI DAN RENDAH. IA JUGA MEMUDAHKAN KERJA MENGEMBURKAN TANAH DAN MEMBUAT BATAS. KOS YANG TINGGI UNTUK KEDUA-DUA KERJA INI MEMBUATKAN PERLUNYA PEMANTAUAN KERJA SERTA KOS.

Monday, September 7, 2009

PROJEK BARU



Permulaan kerja memasang silver shine pada batas. Fuhhh..nih jangan main-main..jenuh pinggang beb..



Proses pemindahan anak pokok kebatas yang telah siap. Pemindahan pokok dilakukan dari jam 8pagi~10pagi dan selepas asar.




Siap proses pemacakan kayu pancang bagi menahan pokok lada daripada tumbang akibat angin atau buah yang lebat. Insya-Allah

Thursday, July 23, 2009

transBIO



Memperkenalkan satu produk baru BIO iaitu TransBIO untuk pertanian. Ia bukan sahaja membantu meningkatkan kualiti pokok malah daya tahan pokok juga bertambah. Dalam masa yang sama boleh mejaga struktur dan mengembalikan kesuburan tanah. Kadar pembesaran pokok lebih cepat dan kos yang lebih rendah berbanding baja kimia. Ia telah saya gunakan dan terbukti berkesan. Bukan sahaja sesuai untuk pokok malah semasa proses menyemai benih juga TransBIO (tB) ini boleh digunakan dan hasilnya akan dapat anda lihat sendiri.

Walau bagaimanapun, sememangnya kita banyak menghasilkan Baja Bio dan ini terbukti jenis baja yang menggunakan Bio sekarang tapi apa yang ingin saya katakan TransBIO ini berbeza kerana ia mengandungi pelbagai peringkat dari segi rawatan akar dan daun.

Tuesday, June 23, 2009

Racun Serangga Organic

Formula membuat racun serangga organic. Boleh mencuba dan lihat hasilnya...

1 kg bawang putih
500 gm halia
500 gm lada hijau (kalau cili api lagi pedas kot)
500 gm tembakau
200 gm pepper (yg ni tak pasti pakai lada hitam ker lada putih ker)
200 ml minyak neem
30 gm sabun

cara-cara:-
1. rendam bawang putih ke dalam 100 ml minyak tanah semalaman. bawang putih tadi di giling (blender pun boleh kot) bersama-sama lada hijau dan pepper.

2. rendam tembakau di dalam air selama 1 hari kemudian di tapis dan di campur dengan minyak neem.

3. campur kedua bahan tadi bersama sabun dan dikacau hingga sebati.

boleh dapat dalam 7 liter, cukup untuk 1 ekar. pencairan 700 ml larutan : 10 liter air

Monday, June 15, 2009

PENYIRAMAN DAN PENJAGAAN ANAK POKOK


Anak pokok sudah mula naik dalam masa 3 hari semaian dibuat. Biasanya dalam masa 21~25 hari pokok sudah boleh dipindahkan kebatas. Semasa pemindahan anak pokok ini ia perlu mengambilkira dari segi suhu dan masa. Ia tidak dapat diterangkan disini kerana perlu menghadiri kelas. Anak pokok yang telah berusia 3 minggu atau sudah boleh untuk dipindahkan dijual pada harga RM0.80 ~ RM1.00 sepokok.


Plastic Silvershine dan netting yang bertindak sebagai pelindung kepada matahari atau panas lampau perlu dibuka pada sebelah pagi dan ditutup sedikit bagi tujuan meredupkan anak pokok pada tengahari. Ia perlu dilakukan kerana saya tidak menggunakan rumah semaian bertakung dan tiada plastic UV. Ia adalah menjimatkan kos kerana semaian yang melebihi 100 tray dianggap besar dan rumah semaian memerlukan modal yang besar.


Siraman dilakukan secara manual dengan menggunakan pam yang mengandungi air baja. Tong air baja dan racun serangga hendaklah diasingkan kerana Microb akan mati jika tangki yang digunakan bercampur-campur. Microb ini akan membentuk makanan dan melindungi akar dari serangan kulat dan virus kepada akar.


Tapak semaian yang boleh memuatkan hampir 100 tray dalan satu masa. bagaimanapun ia berbeza dengan rumah semaian bertakung. Rumah semaian kering ini memerlukan siraman 4x/hari dimana ia bagi tujuan melembapkan "PeatMoss". Siraman mestilah dengan air baja yang telah dicampurkan. BIO-Z2 disembur keatas anak pokok bagi merancakkan dan mengalakan pembesaran.

PENYEMAIAN BIJI BENIH LADA



Semaian benih lada sebanyak 150 tray iaitu 104benih/tray. Ia berjumlah 15,000 pokok lada yang akan bercambah. Ia adalah projek kedua untuk keluasan 4 ekar menggunakan batas dan teknology EM (BIO-Z)




Biji benih lada yang telah disusun dipermukaan "PeatMoss" tadi ditekan supaya ia terbenam sedikit kedalam tanah. Ini bagi tujuan melembapkan benih tersebut selain tujuan melindungi benih dari serangan serangga.


Biji benih yang telah dirawat diletakkan disetiap lubang tray.


Ia mesti diletakkan ditengah-tengah lubang tray diatas tanah "PeatMoss" supaya lengkah kerja seterusnya dapat dilakukan dengan lebih mudah lagi


Penyemaian biji benih lada dimulakan dengan mengisi tray dengan tanah yang dipanggil "PeatMoss". Ia amat sesuai untuk pemyemaian kerana ia memberi ruang akar berkembang.


Tray yang telah penuh diasing untuk tujuan meletakkan biji benih lada 1 lubang/1 benih

Sunday, June 14, 2009

SERANGAN POKOK



Contoh serangan virus dimana cili telah terkena penyakit yang dipanggil Antraknos. Salah satu sebab pokok diserang adalah kerana kurangnya semburan racun pada pokok serta tiada kerja merumput dilakukan. Jika buah yang telah diserang, rawatan segera perlu dilakukan bagi mengelak serangan kepada pokok yang lain. Semburan racun berjadual perlu dibuat. Pokok dalam bahaya.

Wednesday, June 10, 2009

TANAMAN SECARA CONVESIONAL


KEADAAN BATAS YANG TELAH SIAP. ANAK POKOK PUN DAH MULA NAIK....AMIN. BERSYUKUR PADA ILAHI KERANA DENGAN LIMPAH DAN RAHMATNYA,MUNGKIN INI AKAN JADI REZEKI AKU DAN SEMUA ORANG (DIE ORANG REZEKI BERITA JER SEBAB TAK ADA SHARE)


ANAK POKOK TELAH DIPINDAHKAN KE DALAM BATAS. PENYIRAMAN AIR BAJA SERTA RACUN KULAT DAN SERANGGA DILAKUKAN. IA BAGI MELINDUNGI ANAK POKOK. RAWATAN PERTAMA DIPERINGKAT PERMULAAN ADALAH AMAT PENTING. INI KERANA ANAK POKOK TERDEDAH KEPADA PELBAGAI SERANGAN VEKTOR.



BATAS YANG TELAH SIAP DIBUAT DAN PLASTIC SILVER SHINE TELAH DIKEMASKAN BAGI TUJUAN PEMINDAHAN POKOK LADA.

Tuesday, June 9, 2009

PENYAKIT : DAUN KERINTING



Salah satu penyakit lada yang masih lagi tiada ubat atau penawarnya iaitu "DAUN KERINTING". Ubat bagi pokok yang telah kena penyakit ini adalah "CABUT dan BAKAR" sahaja.

Antara rawatan yang telah dicuba dan Alhamdulillah berkesan adalah menggunakan BIO-Z5 dimana ia adalah salah satu dari campuran organic bagi rawatan penyakit.