Loading...

Tuesday, June 23, 2009

Racun Serangga Organic

Formula membuat racun serangga organic. Boleh mencuba dan lihat hasilnya...

1 kg bawang putih
500 gm halia
500 gm lada hijau (kalau cili api lagi pedas kot)
500 gm tembakau
200 gm pepper (yg ni tak pasti pakai lada hitam ker lada putih ker)
200 ml minyak neem
30 gm sabun

cara-cara:-
1. rendam bawang putih ke dalam 100 ml minyak tanah semalaman. bawang putih tadi di giling (blender pun boleh kot) bersama-sama lada hijau dan pepper.

2. rendam tembakau di dalam air selama 1 hari kemudian di tapis dan di campur dengan minyak neem.

3. campur kedua bahan tadi bersama sabun dan dikacau hingga sebati.

boleh dapat dalam 7 liter, cukup untuk 1 ekar. pencairan 700 ml larutan : 10 liter air

2 comments:

Arthoz said...

Bahan daripada tembakau samada daun, batang atau akarnya adalah toksik pada hidupan. Ia boleh membunuh haiwan perosak dan juga haiwan atau serangga yang boleh membawa kebaikan kepada tanaman. Bahkan hanya puntung rokok yang dibuang ke dalam air boleh membunuh ikan...jadi ia tidak sesuai digunakan berhampiran ternakan ikan. Jadi saya berpendapat bahan dari tembakau tidak sesuai dijadikan sebagai ramuan racun serangga organik. Ada pihak yang menasihatkan bahan tembakau hanya patut digunakan sebagai pilihan terakhir jika serangan perosak tidak dapat dikawal lagi. Segala fakta yang berkaitan boleh di dapati dengan mudah melalui google...

khamly said...

Assalamualaikum..

Terima kasih atas comment yang telah diberikan. Sememang tembakau adalah sejenis bahan yang boleh membantu mengawal/membunuh serangga tetapi ia bergantung kepada sukatan yang akan digunakan dan proses membuatnya. Sebagai contoh adalah adalam teknology EM sendiri tembakau masih boleh digunakan sebagai salah satu bahan pencegahan/melindungi pokok/tanaman dari serangan. Tembakau juga tidak mampu membunuh dan hanya boleh memabukan. Saudara boleh mencubanya dengan menyembur air tembakau kepada semuat atau serangga dan ia tidak mampu mebunuh jika tiada apa2 campuran dan jika campuran yang betul ia dapat membantu pengawalan serangga. Tembakau itu sendiri adalah tanaman. Jangan bimbang ia masih boleh digunakan dan salah satu langkah untuk kita menjimatkan kos.

Tqs
Khamlyd