Saturday, January 30, 2010

Pokok Lada - 2 minggu




Lada telah mula naik,selepas baja ditabur. Baru berusia 2 minggu dengan bantuan air yang cukup dan cahaya matahari yang boleh dikatakan Alhamdullilah. Bersyukur pada Allah.

Monday, January 25, 2010

MASALAH LADA - 1



DAUN LECUH @ TERBAKAR
Masalah ini mungkin disebabkan oleh melecuh akibat kena air pada waktu panas terik. Air ini mungkin datang daripada hujan, semburan racun serangga/ racun kulat/ baja foliar. Setelah aku kaji dan lihat betul-betul maslah ini adalah
1) Dari kesilapan atau error semasa proses membuat lubang pada silvershine itu sendiri. Lubang itu sendiri agak kecil walaupun nampak sudah cukup besar jika dibandingkan dengan polybag yang biasa digunakan. Kalau boleh lubang kena besar sedikit lagi.
2) Pipe titis itu sendiri yang tidak berada dalam keadaan yang betul iaitu meungkin terkena pada hujung daun.
3) Titisan air yang belum kering dan masih lagi terdapat pada daun dan ketika itu matahari seang naik @ cuaca semakin panas (tengahari) daun yang masih basah tadi melekat pada pipe titis semasa proses pengeringan.


MASALAH BUNGA KERING/GUGUR
Bunga gugur boleh disebabkan oleh berbagai faktor antaranya
1) Kurang unsur Nitrogen, boron, kalsium;(unsur yang mana satu?)
2) Suhu pada malam hari tinggi;
3) Serangan kulat dan serangan hama.
Nasihat dari Dr Roff buat masa ini cuba spray dengan racun hama dan racun kulat dahulu dan lihat kesan selepas itu.

Saturday, January 23, 2010

Pertumbuhan 14 hari



Sorrylah, camera nih date asik nak kena set ajer,kadang-kadang aku terlupa jugak. Lada yang telah dipindahkan kebatas dan berusia dalam lingkungan 14 hari. Nampak telah menunjukan peningkatan. Cuma tak bawak pita ukur untuk mengenal pasti pertumbuhan pokok setiap minggu.


Pada dasarnya keseluruhan pokok baik dan kenaikan yang sekata. Kadar semburan racun serangga masih menggunkan kelas III dan campuran racun kulat mengikut sukatan.

Sunday, January 17, 2010

LADA YANG TELAH DIPINDAHKAN


Anak lada nampak sudah mula naik. Baja air dapat diserap oleh anak pokok dengan lebih mudah dan cepat berbanding baja biji. Ini adalah kerana baja air meresap terus dalam tanah dan akar anak pokok dengan mudah menyerapnya. Baby lagi..kena bagi yang senang dia nak makan.



Anak pokok yang telah siap di pindahkan ke batas. Paip titis berfungsi mengikut apa yang dirancangkan. Kira boleh diharapkan ler. Nak siram pakai manual? Huh! tak larat beb...tapi alhamdulillah...siap juga.

Pipe Titis


Valve diperlukan bagi memudah kerja penyelengaraan yang akan dibuat dimasa akan datang atau jika terdapat sebarang kebocoran atau sebaliknya. Sambungan dari paip utama dengan menggunakan rubber gromet bagi mengelak kebocoran pada paip utam dan joiner sebelum disambung kepada valve dan elbow sebelum terus ke paip titis. Paip utama tidak kelihatan kerana ia ditanam bagi memudahkan kerja.


Sistem bekalan air dan baja kesetiap pokok menggunakan pipe titis agar air atau baja yang dihantar ke pokok tidak membazir dan pokok mendapat bekalan yang cukup. Ia juga menjimatkan masa dan tenaga untuk menyiram pokok lada yang sentiasa memerlukan air yang banyak atau memastikan tanah disekeliling tidak kering kerana ia akan menyebabkan pokok layu dan mati tanpa bekalan air yang cukup.

Tangki "B" - Air Baja


Valve ini hendaklah sentiasa ditutup kecuali waktu yang telah ditetapkan untuk penghantaran air baja sahaja.


Tangki "B" adalah untuk baja yang telah dibancuh mengikut sukatan. Air baja akan disalur ke plot lada hanya 2 hari sekali iaitu pada waktu pagi selama 2 minit. Ia juga di setkan dalam pemasa (timer) yang sama dengan air.

Valve akan sentiasa dibuka kecuali bagi tujuan penyelengaraan tangki. Valve adalah untuk tujuan keselamatan jika terdapat sebarang masalah dalam air ia boleh ditutup bagi tujuan tertentu. Paip terus disambung ke pum dan seterusnya ke plot lada.


Tangki "A" digunakan untuk air yang akan disalurkan ke plot lada. Air akan dihantar sebanyak 4kali/hari iaitu 2x setiap pagi dan 2x setiap petang selama 5 minit setiap sesi. Ia bagi membasahkan setiap pokok lada kerana bekalan air yang cukup dan teratur sangat penting bagi membantu pembesaran anak pokok.

Tuesday, January 12, 2010

Sprikler Ladang


Kaedah semburan halus dengan menggunakan sprinkler jenis "butterfly" untuk menghasilkan semburan yang halus seperti yang dilihat. Ia merupakan salah satu cara yang akan digunakan dalam aspek meracun serangga dan kulat. Ia masih lagi diperingkat kajian untuk mengenalpasti samada sesuai dan penggunaan racun serta keberkesanan dengan menggunkan sprikler. Ia mungkin dikatakan membazir tapi salah satu kawalan vektor adalah semburan merata dan bukan hanya pada pokok. Masih tak tau lagi kerana ia melibatkan kos yang lain.


Pemindahan pokok lada yang telah mencapai usia matang dilakukan.

Sistem Ladang



Kemasukan air kedalam tangki yang dikawal menggunakan pelampung bagi memeastikan air masuk akan berhenti dengan sendirinya apabila air mencapai tahap yang telah ditetapkan.


Kedua-dua tangki digabungkan menjadi satu ini supaya bekalan air keladang sentiasa mencukupi.


Tapak pam telah siap dibuat dengan menyimen bahagian asas sebagai kekuatan pam tersebut semasa beroperasi secara auto dengan menggunakan pemasa (timer).


Tapak pam masih dalam pembinaan manakala sistem pengairan masih belum ditentukan tapi ia akan mengabungkan dua tangki dimana penggunaan yang berasingan masih boleh digunakan untuk kepelbagaian siraman.




Anak pokok yang disemai telah menunjukkan percambahan yang positif. Jangan tengok date kat gambar tuh, aku lupa nak ubah kat camera.