Monday, September 7, 2009

PROJEK BARU



Permulaan kerja memasang silver shine pada batas. Fuhhh..nih jangan main-main..jenuh pinggang beb..



Proses pemindahan anak pokok kebatas yang telah siap. Pemindahan pokok dilakukan dari jam 8pagi~10pagi dan selepas asar.




Siap proses pemacakan kayu pancang bagi menahan pokok lada daripada tumbang akibat angin atau buah yang lebat. Insya-Allah

Thursday, July 23, 2009

transBIO



Memperkenalkan satu produk baru BIO iaitu TransBIO untuk pertanian. Ia bukan sahaja membantu meningkatkan kualiti pokok malah daya tahan pokok juga bertambah. Dalam masa yang sama boleh mejaga struktur dan mengembalikan kesuburan tanah. Kadar pembesaran pokok lebih cepat dan kos yang lebih rendah berbanding baja kimia. Ia telah saya gunakan dan terbukti berkesan. Bukan sahaja sesuai untuk pokok malah semasa proses menyemai benih juga TransBIO (tB) ini boleh digunakan dan hasilnya akan dapat anda lihat sendiri.

Walau bagaimanapun, sememangnya kita banyak menghasilkan Baja Bio dan ini terbukti jenis baja yang menggunakan Bio sekarang tapi apa yang ingin saya katakan TransBIO ini berbeza kerana ia mengandungi pelbagai peringkat dari segi rawatan akar dan daun.

Tuesday, June 23, 2009

Racun Serangga Organic

Formula membuat racun serangga organic. Boleh mencuba dan lihat hasilnya...

1 kg bawang putih
500 gm halia
500 gm lada hijau (kalau cili api lagi pedas kot)
500 gm tembakau
200 gm pepper (yg ni tak pasti pakai lada hitam ker lada putih ker)
200 ml minyak neem
30 gm sabun

cara-cara:-
1. rendam bawang putih ke dalam 100 ml minyak tanah semalaman. bawang putih tadi di giling (blender pun boleh kot) bersama-sama lada hijau dan pepper.

2. rendam tembakau di dalam air selama 1 hari kemudian di tapis dan di campur dengan minyak neem.

3. campur kedua bahan tadi bersama sabun dan dikacau hingga sebati.

boleh dapat dalam 7 liter, cukup untuk 1 ekar. pencairan 700 ml larutan : 10 liter air

Monday, June 15, 2009

PENYIRAMAN DAN PENJAGAAN ANAK POKOK


Anak pokok sudah mula naik dalam masa 3 hari semaian dibuat. Biasanya dalam masa 21~25 hari pokok sudah boleh dipindahkan kebatas. Semasa pemindahan anak pokok ini ia perlu mengambilkira dari segi suhu dan masa. Ia tidak dapat diterangkan disini kerana perlu menghadiri kelas. Anak pokok yang telah berusia 3 minggu atau sudah boleh untuk dipindahkan dijual pada harga RM0.80 ~ RM1.00 sepokok.


Plastic Silvershine dan netting yang bertindak sebagai pelindung kepada matahari atau panas lampau perlu dibuka pada sebelah pagi dan ditutup sedikit bagi tujuan meredupkan anak pokok pada tengahari. Ia perlu dilakukan kerana saya tidak menggunakan rumah semaian bertakung dan tiada plastic UV. Ia adalah menjimatkan kos kerana semaian yang melebihi 100 tray dianggap besar dan rumah semaian memerlukan modal yang besar.


Siraman dilakukan secara manual dengan menggunakan pam yang mengandungi air baja. Tong air baja dan racun serangga hendaklah diasingkan kerana Microb akan mati jika tangki yang digunakan bercampur-campur. Microb ini akan membentuk makanan dan melindungi akar dari serangan kulat dan virus kepada akar.


Tapak semaian yang boleh memuatkan hampir 100 tray dalan satu masa. bagaimanapun ia berbeza dengan rumah semaian bertakung. Rumah semaian kering ini memerlukan siraman 4x/hari dimana ia bagi tujuan melembapkan "PeatMoss". Siraman mestilah dengan air baja yang telah dicampurkan. BIO-Z2 disembur keatas anak pokok bagi merancakkan dan mengalakan pembesaran.

PENYEMAIAN BIJI BENIH LADA



Semaian benih lada sebanyak 150 tray iaitu 104benih/tray. Ia berjumlah 15,000 pokok lada yang akan bercambah. Ia adalah projek kedua untuk keluasan 4 ekar menggunakan batas dan teknology EM (BIO-Z)




Biji benih lada yang telah disusun dipermukaan "PeatMoss" tadi ditekan supaya ia terbenam sedikit kedalam tanah. Ini bagi tujuan melembapkan benih tersebut selain tujuan melindungi benih dari serangan serangga.


Biji benih yang telah dirawat diletakkan disetiap lubang tray.


Ia mesti diletakkan ditengah-tengah lubang tray diatas tanah "PeatMoss" supaya lengkah kerja seterusnya dapat dilakukan dengan lebih mudah lagi


Penyemaian biji benih lada dimulakan dengan mengisi tray dengan tanah yang dipanggil "PeatMoss". Ia amat sesuai untuk pemyemaian kerana ia memberi ruang akar berkembang.


Tray yang telah penuh diasing untuk tujuan meletakkan biji benih lada 1 lubang/1 benih

Sunday, June 14, 2009

SERANGAN POKOK



Contoh serangan virus dimana cili telah terkena penyakit yang dipanggil Antraknos. Salah satu sebab pokok diserang adalah kerana kurangnya semburan racun pada pokok serta tiada kerja merumput dilakukan. Jika buah yang telah diserang, rawatan segera perlu dilakukan bagi mengelak serangan kepada pokok yang lain. Semburan racun berjadual perlu dibuat. Pokok dalam bahaya.

Wednesday, June 10, 2009

TANAMAN SECARA CONVESIONAL


KEADAAN BATAS YANG TELAH SIAP. ANAK POKOK PUN DAH MULA NAIK....AMIN. BERSYUKUR PADA ILAHI KERANA DENGAN LIMPAH DAN RAHMATNYA,MUNGKIN INI AKAN JADI REZEKI AKU DAN SEMUA ORANG (DIE ORANG REZEKI BERITA JER SEBAB TAK ADA SHARE)


ANAK POKOK TELAH DIPINDAHKAN KE DALAM BATAS. PENYIRAMAN AIR BAJA SERTA RACUN KULAT DAN SERANGGA DILAKUKAN. IA BAGI MELINDUNGI ANAK POKOK. RAWATAN PERTAMA DIPERINGKAT PERMULAAN ADALAH AMAT PENTING. INI KERANA ANAK POKOK TERDEDAH KEPADA PELBAGAI SERANGAN VEKTOR.



BATAS YANG TELAH SIAP DIBUAT DAN PLASTIC SILVER SHINE TELAH DIKEMASKAN BAGI TUJUAN PEMINDAHAN POKOK LADA.

Tuesday, June 9, 2009

PENYAKIT : DAUN KERINTING



Salah satu penyakit lada yang masih lagi tiada ubat atau penawarnya iaitu "DAUN KERINTING". Ubat bagi pokok yang telah kena penyakit ini adalah "CABUT dan BAKAR" sahaja.

Antara rawatan yang telah dicuba dan Alhamdulillah berkesan adalah menggunakan BIO-Z5 dimana ia adalah salah satu dari campuran organic bagi rawatan penyakit.

HASIL MENJADI - AMINNNN



Jika pemantauan yang teratur disamping kawlan vektor yang baik dan baja yang mencukupi, Insya-Allah hasilnya akan banyak seperti gambar disebelah. Walaubagaimanapun baja memaninkan peranan yang cukup besar kerana unsur yang cukup akan membantu pembesaran pokok dan buah yang baik.

Tuesday, June 2, 2009

Fertigrasi


Lada N939 boleh mencecah sehingga 9 1/2". Ia adalah variety Hybrid.





Barisan tanaman fertigrai yang teratur dan plastic silver shine yang menutupi keseluruhan kawasan bukan sahaja memudahkan kerja pemantauan malah kerja kawalan vektor dan memetik hasil akan jadi lebih mudah. Pokok lada juga perlu diikat dengan tali supaya pokok tidak mudah tumbang.






Hasil yang dikutip akan membuatkan pengusaha gembira dan puas hati dengan apa yang dibuat selama ini.



Lada Kulai Hybrid F1 N939 boleh mencecah sehingga 9" panjang. Berat sebiji mencecah 50gram.

Hasil Lada



Tanaman secara Fertigrasi Lada

Lada memang menguntungkan dan akan memberikan pulangan yang besar jika dijaga mengikut langkah yang betul. Apa yang penting dalam berniaga adalah kejujuran dan keikhlasan disamping kita membina pendapatan yang lumayan.

Wednesday, July 16, 2008

Perbincangan







Inilah keadaan semasa perbualan hangat tentang program yang telah dirancangkan dan bagaimana perlaksanaannya. Penerangan yang terperinci perlu dijelaskan. Seronok duduk dikawasan kejiranan yang akrab dan syukur dapat jiran yang sentiasa sedia membantu antara satu sama lain.

Sunday, July 13, 2008

SKIM PELABURAN PUBLIC MUTUAL

Sebagai agent Public Mutual saya ingin berkonsi kepada semua tentang bentuk pelaburan. Terdapat dua cara untuk melabur iaitu ;
1. Tunai
2. EPF @ KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja)

1. Tunai
Minimum RM1000 dan boleh membuat pelaburan tambahan seperti menabung minimum RM100dan tiada had maksimum. Dengan melakukan pelaburan secara tunai, pelabur boleh memilih mana-mana dana.

2. EPF @ KWSP
Ia sama seperti pelaburan secara tunai cuma ada beberapa borang tambahan yang diperlukan dan perlukan cap jari pelabur sendiri selain tandatangan.
Jumlah pelaburan juga sama minimum RM1000 dan boleh membuat pelaburan tambahan selepas 3 bulan dari tarikh pelaburan pertama. Bagaimanapun agent akan memberikan khidmat nasihat dari segi tarikh dan amout. Ini adalah kerana pelaburan melibatkan KWSP bergantung pada umur dan jumlah amount didalam akaun pelabur.
Hanya akaun 1 sahaja yang dibenarkan untuk melabur didalam Public Mutual.
Terbahagi kepada 2 iaitu ;

1. DANA SHARIAH
2. DANA BUKAN SHARIAH

Dana yang dibenarkan bagi pelabur dari skim EPF @ KWSP ialah ;

1. Dana Equity (NON SHARIAH)
* Public Index Fund
* Public Regular Saving Fund
* Public Sector Select Fund
2. BOND FUND (NON SHARIAH)
* Public Select Bond
3. MONEY MARKET FUND (NON SHARIAH)
* Public Market Fund
4. EQUITY FUND (SHARIAH)
* Public Islamic Dividend Fund
* Public Islamic Equity Fund
* Public Islamic Optimal Growth Fund
* Public Islamic Sector Fund
* Public Islam Select Treasure Fund
5. BALANCED FUND (SHARIAH)
* Public Islamic Balance Fund
6. MONEY MARKET FUND (SHARIAH)
* Public Islamic Money Market Fund